Pada 3 – 10 Februari yang lalu, saya dan sembilan rakan
yang lain telah menjadi student buddy kepada
sepuluh orang pelajar Korea dari tiga universiti yang berlainan. Saya telah
diamanahkan oleh Cikgu Joan untuk menjadi student buddy kepada salah seorang
pelajar Korea, iaitu Yun Yeong Jo atau lebih dikenali sebagai Colin.
Kami meluangkan
masa bersama, kami sering bertanya tentang sukatan pelajaran, tempat-tempat
yang menarik, bahasa serta
keagamaan. Saya mengajar beliau bahasa
Malaysia, begitu juga dengan Colin yang mengajar saya serba sedikit bahasa
Korea.
Pada sesi kelas
Samulnori pula, saya sering membantu beliau mengangkat alat perkusi yang
dipanggil ‘buk’. Pada 7 haribulan Februari, kami pergi ke Kampung Damat untuk memperkenalkan
tradisi masyarakat di Sabah. Walaupun beliau kurang meminati makanan di sini,
akan tetapi beliau dapat menghabiskan tiga gelas bahar dan dapat bersama-sama menarikan tarian sumazau.
Pada hari Sabtu
pula, iaitu pada 9 haribulan Februari, kami bersama-sama melawati ke salah satu
tempat yang menarik di Tamparuli, iaitu di Rumah Terbalik. Kami meluangkan masa
bersama dengan bergambar bersama-sama dan bercerita.
Ketika kami
melawat pelajar-pelajar Korea di KDCA pada 11-13 Februari, hubungan
persahabatan kami semakin erat bagaikan adik-beradik. Pada waktu lapang, saya
membawa Colin dan beberapa student buddies dan pelajar Korea yang lain untuk
berjalan-jalan, bercerita di Kafeteria, melawati zoo dan pergi ke pantai. Pada
waktu kelas Samulnori pula, saya belajar alat muzik Kwaenggari dari Kyung Min
Lim dan Kim Min Bum.
Semasa di
pantai, saya dan student buddies yang lain meluangkan masa bersama-sama pelajar
Korea. Kami dapat bergambar bersama, merayakan hari jadi seorang pelajar dari
SMK Narinang, belajar berarak/ berbarisan Samulnori dan seumpamanya. Begitu
juga ketika kami melawati zoo.
Kami mengalami
perpisahan dengan pelajar-pelajar Korea sebanyak dua kali. Perpisahan yang
pertama berlaku pada 13 Februari, dimana pelajar-pelajar Korea menghantar kami
masuk ke dalam kereta. Kami semua berpelukan, bersalaman dan mengucapkan
selamat tinggal kepada pelajar-pelajar Korea. Perpisahan yang Kedua ialah
ketika kami pergi ke lapangan terbang pada 24 Februari yang lalu. Pada waktu itulah
kali yang terakhir kami akan berjumpa dengan mereka.
Pada pendapat
saya, pengalaman saya bersama pelajar-pelajar korea merupakan salah satu
pengalaman yang paling manis dan tidak dapat dilupakan. Semoga semua pelajar
Korea tidak akan lupakan kami, student buddies dari SMK Tamparuli. Kami juga
tidak akan pernah lupa akan pelajar-pelajar Korea.
No comments:
Post a Comment
COMMENT HERE